Suara rakyat dan pemegang taruh yang lain harus dilibatkan dalam penubuhan jawatankuasa bebas mengenai darurat, seperti yang dikehendaki Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Penganalisis Politik Dr Jeniri Amir berkata, pandangan dari pihak yang pelbagai amat perlu bagi memastikan ia dapat mencangkupi kesemua aspek berkaitan dalam pengurusan negara ketika tempoh darurat.